Assalammualaikum...
Tatkala dilanda ujian / kesusahan atau sebarang musibah, selalunya manusia akan lebih ingat kepada penciptanya, Allah swt. Begitu juga saya. Dalam diri dan kehidupan saya, Allah sering memberi ujian terhadap perhubungan cinta yang saya bina. Tapi saya tahu, setiap dugaan dan ujian yang Allah berikan adalah kerana saya terlalu leka dan alpa dengan kehidupan duniawi. Justeru, Allah berikan ujian ini sebagai peringatan buat hambanya agar tidak mengabaikan kewujudanNya.
Dalam banyak-banyak artikel yang pernah dikeluarkan ILuvIslam, hati saya tertarik akan artikel 'Frust' Dalam Bercinta. Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya.. Benar! Untuk mereka yang pernah mengalaminya pasti tahu betapa 'frust'nya perasaan yang dialami andai pasangan anda berpaling tadah atau melukakan bunga-bunga cinta yang bersemi di hati kita..
Di dalam percintaan, perkara yang tidak boleh saya terima pakai adalah penipuan. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang penipuan yang berlaku. Kenapa perlu tipu? Andai anda mahukan kejujuran dalam perhubungan, kenapa perlu tipu? Sekali anda menipu pasangan anda, tidak mustahil ianya akan berlaku lagi dimasa hadapan.
Kesabaran dalam percintaan. Perkara yang amat saya perlukan dalam sebarang perhubungan. Selain anak bongsu yang manja, dimana hampir segala kehendaknya dipenuhi, saya juga seorang yang keras kepala dan panas baran. Justeru, saya amat memerlukan seseorang yang mampu melembutkan hati saya. DENGAN KATA-KATA YANG LEMBUT. Perkataan yang lemah lembut itu, mampu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera.
Andai anda orang yang memahami. yang telah mengenal hati dan diri saya begitu lama. You should know this. But why. Everytime, saya yang kena mengalah? Sejauh mana keegoan diri awak nak tinggikan? Tak mustahil, satu hari nanti. andai keegoan awak mengatasi segalanya. Usah ditanya mengapa saya mengundur diri. 4 tahun. 1 jangka masa yang lama untuk orang macam saya menanti dan terus menanti agar awak berubah. dan 1jangka masa yang lama untuk saya menanti awak agar menyayangi diri saya sepenuh hati.
Benarlah, Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih yang mengecewakan.
No comments:
Post a Comment