Friday, June 27, 2014

Perspirex vs Smelly No more/ Tiada lagi masalah ketiak! - Product review

Assalammualaikum semua!

sapa kat sini mengalami masalah ketiak berpeluh secara berlebih-lebihan?

ok. akula tu. haha. kalau nak diikutkan masalah ni, da lame da tau aku alami.
asal panas sikit, mula la ketiak tu nak membasah. *jangan baca nada geli sangat* haha

so, aku pun cari inisiatif memandangkan ini menyukarkan aku utk bergaya dgn baju yg mempunyai colour block gitu. so, aku pun gugel dan gugel dan gugel. dan, terjumpa la 1 produk ni, perspirex. yang mana, ni bukan hasil gugel pon, tapi hasil ak tanya membe sekerja yg mengalami masalah yg sama. haha

so far so good. best!!! perspirex ni susah dapat. biasanya dia jual kat guardian. tu pun, kalau ko nak. ko kene tanye kat akak keje situ ye baru dia bg yg betul punya. biasanya display dia kotak kosong je. harga RM58.90 setakat tarikh aku publish entry ni.. Kat watson xde. jgn ko g  carik kat watson pulak. xde ye..

Perspirex ni ada dua jenis, satu yg jenis lotion, utk kaki ke tgn ke, kalau korang mengalami perpeluhan berlebihan la and satu lagi yg roll on. yg ni la yg aku cakap kat atas td. yg aku guna. Cara guna roll on senang je.. ko roll kan aje kat ketiak, sebelum tidur, 3 kali seminggu sampai dah xde masalah perpeluhan ketiak tu. make sure, time roll tu ketiak ko kering, and kalau shave ke cabut bulu ketiak ke, pastikan selepas 48 jam baru ko apply perspirex ni. kalau degil, rasakan la. haha


then, smelly no more, total image. yg ni fungsi dia, mengekalkan kesegaran dan menghilangkan bau badan. deodorant la senang cite. best dan best. kene cuba baru tau. harga dia dalam RM16++ yang ni watson ada, guardian ada and pharmacy len pun ada rasenye. cuma kuantiti dia x banyak. kekadang tu, bru ko nak beli, da xde. habis gitu. 


**thanks to kaka & kak fiza yg kenalkan produk ni dkt iols

sekian. ok bai!

forever love,
cik shazida.

No comments: