Wednesday, December 19, 2012

email dari seseorang :P

Assalammualaikum...



Tadi. time tgh2 serabut. bukak emel. tiba2 ade satu emel ni.
i just want to say thanks. zillion thanks.
for your concern.

assalamualaikum azida,

orang yang runsing ialah orang yang selami hatinya dengan jiwa yang rosak. jiwa yang rosak adalah jiwa yang dibelenggu nafsu. penuhkan jiwa kita dengan iman yang seluas lautan.

jangan peningkan kepala memikirkan tentang keperluan hidup, tetapi tekadkan untuk apa kita hidup. rombak kembali matlamat hidup kita, iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

cukupkah rezeki ku akan datang? apakah bertemu jodoh ku sebelum ajal? perlukah mengikut kebiasaan akhir zaman untuk tidak dilihat ganjil di mata masyarakat? semua ini adalah keperluan hidup yang akan memberikan kita tekanan fizikal mahupun mental.

ingatlah. jikalau Allah S.W.T redha dengan kita, nescaya segala dugaan dapat ditempuhi dengan tenang. kenapa? kerana rezeki Allah S.W.T yang turunkan. kerana jodoh Allah S.W.T yang tentukan. kerana Allah S.W.T memandang kita dengan hati yang ikhlas, bukan melalui pemikiran masyarakat.

usah gusar dan usah ragu. tanamkan dalam diri yang kita sebagai hamba hanyalah perlu mengikut segala suruhan dan meninggalkan larangan-Nya. tanggungjawab besar kita di dunia ialah ibu bapa kita. Allah S.W.T tidak akan redha jikalau kedua orang tua tidak redha akan diri kita.

baitkan di bibir akan istighfar, jazamkan doa penyesalan nabi yunus. dendangkan halwa telinga dengan selawat ke atas nabi. Insya'allah semuanya akan menjadi baik.

maaf bukan nak tunjuk pandai kat azida, cuma saya nak kongsi ilmu sebagai peringatan kita bersama. hari ini hari azida, mana tahu esok hari saya  ke?

rezeki ku tidak ku ternanti,
kerana ku tahu Allah pemberi,
jodoh ku tidak ku tercari,
kerana hatiku milik nurani.

assalamualaikum azida.


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." -Surah Al Baqarah Ayat 155

No comments: