Wednesday, July 13, 2011

teknik terbaik bg yg putus cinta..

assalammualaikum...


tips ni i dpt from http://www.ideariza.com/motivasi/merawat-sengsara-putus-cinta
berdasarkan apa yg beliau tulis mmg betul. seriously. and thanks sir for the post. mohon copy ye :)



Bercinta memang seronok namun tersilap memilh pasangan boleh mengundang duka. Sudahlah duka, hidup pula bertambah sengsara. Mana tidaknya, orang yang selama ini menabur janji setia, ingin hidup mati bersama, tiba-tiba saja angkat kaki meninggalkan kita. Aduhai.. sakitnya jiwa. Air mata sudah bergelen-gelen namun si dia masih tak dapat lagi dilupakan. Hidup mula jadi kelabu. Buat apa semua rasa tak menentu. Hati pula semakin pilu dipalu-palu dek kenangan lalu. Oh, kalaulah masa dapat diputar semula.
Tidak saya nafikan, ‘frust’ dalam bercinta memang suatu yang benar-benar menduga. Kalau tidak ditahan-tahankan, sudah tentu boleh jadi gila. Mungkin jika dapat diukur tahap stress atau tekanan yang dihadapi oleh orang yang baru mengalami putus cinta, saya yakin tahap stress-nya adalah antara yang tertinggi. Itulah sampai ada yang sanggup bunuh diri, akibat tidak dapat menerima hakikat yang melanda diri. Sebab itulah, pada pandangan saya, kesan stress dari putus cinta tidak boleh dianggap perkara remeh temeh. Kalau sudah boleh jadi gila, sudah ada yang sanggup bunuh diri, isu ini bukan perkara main-main. Mereka yang ‘frust’ harus diberi rawatan segera. Oleh sebab itulah, saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit tips dan kaedah yang dapat kita jadikan panduan dan pedoman bagi menolong diri kita atau rakan-rakan kita yang sedang ‘frust’.
Jangan Cuba Melupakan
Selalunya, apabila sesorang itu putus cinta, perkara utama yang difikirkannya adalah untuk melupakan bekas kekasihnya itu. Namun sedarkah anda, bahawa melupakan bekas kekasih anda boleh jadi kesalahan paling besar? Sebenarnya setiap kali anda cuba melupakannya, setiap kali itulah anda mengingatkannya. Biar saya beri anda contoh. Sekarang, saya mahu anda lupakan sebentar pintu depan rumah anda. Jadi, bagaimana? Anda sudah berjaya? Saya percaya, selepas saya berikan arahan tersebut, apa yang anda fikirkan didalam minda anda adalah pintu depan rumah anda! Jadi samalah halnya dengan melupakan bekas kekasih anda. Hakikatnya, tak mungkin anda dapat melupakan seseorang yang anda telah kenal dalam hidup anda dengan mudah, lagi-lagi dia yang pernah bertakhta dalam hati anda. Jadi, apa yang perlu anda lakukan bukanlah melupakan, tetapi MEMUDARKAN! Prinsipnya, sesuatu yang pudar tidak lagi menjadi menarik. Jika tidak menarik, maka tiada lagi tarikan. Jika sudah tiada tarikan, maka senanglah nak dilupakan!
Pudarkan dirinya dari hati dan minda kita. jadikan dirinya TIDAK LAGI MENARIK pada kita. Matlamat kita adalah untuk menukarkan perasaan sayang, rindu dan cinta yang kita ada kepada perasaan yang lain. Ingat, selagi anda ada menyimpan walaupun sedikit perasaan sayang, selagi itulah hidup anda akan dibelenggu sengsara. Antara yang boleh anda lakukan ialah:
  • Bayangkan dia memperbodohkan dirinya sendiri dengan melakukan hal yang pelik-pelik dan ganjil yang membuatkan anda nak tergelak denga aksinya itu (menghilangkan imej macho, cool, cun, lawa, lemah lembut, comel yang sering anda fikirkan mengenainya)
  • Bayangkan wajah dan keadaannya ketika dia berumur 70 tahun (menimbulkan rasa tak selera)
  • Bayangkan kesengsaraan yang terpaksa anda hadapi kerana dirinya (menimbulkan rasa marah dan menyampah)
  • Rasakan bahawa anda selama ini tertipu.. ya, anda ditipu! (menimbulkan rasa marah dan sakit hati)
  • Bayangkan perkara yang selekeh dan menjijikkan mengenai dirinya (menimbulkan rasa tak selera)
Teknik Ikhlas
Selain teknik di atas, anda juga boleh memilih untuk menggunakan teknik yang lain iaitu teknik ikhlas. Walaupun kelihatan terlalu mudah dan ringkas, namun teknik ini mempunyai kesan yang mendalam, yang mampu merawat luka perasaan dengan cepat. Apa yang anda perlukan untuk teknik ini hanyalah sekeping hati bersama perasaan redha dan pasrah. Ikhlas bermaksud ‘tanpa mengharapkan balasan’. Ikhlaskanlah segala perasaan cinta, rindu, dan kasih anda kepada dirinya. Ikhlaskanlah segala pengorbanan yang telah anda lakukan untuknya. Ikhlaskanlah. Biarkanlah dia pergi. Lepaskanlah dia dari hati dan perasaan anda. Anda tidak mengharapkan apa pun dari dirinya. Anda ikhlas. Ikhlaskanlah apa yang berlaku dalam hidup anda sekarang ini, ikhlaskanlah segala apa yang anda rasakan sekarang ini.
Sebutkanlah dengan perlahan dan bersungguh-sungguh:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Mulai saat ini, aku ikhlaskan segala rasa rinduku, cintaku dan rasa kasihku pada dirinya. Aku ikhlaskan pemergiannya ya Allah. Aku ikhlaskan segala apa yang berlaku..”
Anda boleh mencipta ayat anda sendiri yang menggambarkan bahawa anda benar-benar mengikhlaskan perasaan anda pada dirinya. Selesai saja anda lafazkan ayat ikhlas anda, senyumlah sambil menarik nafas lembut, tahan, dan lepaskan dengan perlahan nafas sambil berkata dalam hati, “Aku ikhlas ya Allah”.
Segala apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Bukakanlah hati anda. Sesungguhnya, anda akan ditemukan dengan insan yang lebih baik.

3 comments:

zyeda said...

hiashh susahnya babe.....

cik shazida said...

hum. tulah. memang susah. tapi.. tak mustahil kan? awak kene kuat tau? banyakkan aktiviti yg mampu melupakan perasaan dan ingatan padanya. Allah sentiasa mendengar rintihan hambanya. stp yg berlaku. mesti ada hikmah dia tau yg? :)

Miss Malyna said...

erm cam ne ni ek kama..............sob2.....tawakal je la ek...huhu