Wednesday, July 13, 2011

teknik terbaik bg yg putus cinta..

assalammualaikum...


tips ni i dpt from http://www.ideariza.com/motivasi/merawat-sengsara-putus-cinta
berdasarkan apa yg beliau tulis mmg betul. seriously. and thanks sir for the post. mohon copy ye :)



Bercinta memang seronok namun tersilap memilh pasangan boleh mengundang duka. Sudahlah duka, hidup pula bertambah sengsara. Mana tidaknya, orang yang selama ini menabur janji setia, ingin hidup mati bersama, tiba-tiba saja angkat kaki meninggalkan kita. Aduhai.. sakitnya jiwa. Air mata sudah bergelen-gelen namun si dia masih tak dapat lagi dilupakan. Hidup mula jadi kelabu. Buat apa semua rasa tak menentu. Hati pula semakin pilu dipalu-palu dek kenangan lalu. Oh, kalaulah masa dapat diputar semula.
Tidak saya nafikan, ‘frust’ dalam bercinta memang suatu yang benar-benar menduga. Kalau tidak ditahan-tahankan, sudah tentu boleh jadi gila. Mungkin jika dapat diukur tahap stress atau tekanan yang dihadapi oleh orang yang baru mengalami putus cinta, saya yakin tahap stress-nya adalah antara yang tertinggi. Itulah sampai ada yang sanggup bunuh diri, akibat tidak dapat menerima hakikat yang melanda diri. Sebab itulah, pada pandangan saya, kesan stress dari putus cinta tidak boleh dianggap perkara remeh temeh. Kalau sudah boleh jadi gila, sudah ada yang sanggup bunuh diri, isu ini bukan perkara main-main. Mereka yang ‘frust’ harus diberi rawatan segera. Oleh sebab itulah, saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit tips dan kaedah yang dapat kita jadikan panduan dan pedoman bagi menolong diri kita atau rakan-rakan kita yang sedang ‘frust’.
Jangan Cuba Melupakan
Selalunya, apabila sesorang itu putus cinta, perkara utama yang difikirkannya adalah untuk melupakan bekas kekasihnya itu. Namun sedarkah anda, bahawa melupakan bekas kekasih anda boleh jadi kesalahan paling besar? Sebenarnya setiap kali anda cuba melupakannya, setiap kali itulah anda mengingatkannya. Biar saya beri anda contoh. Sekarang, saya mahu anda lupakan sebentar pintu depan rumah anda. Jadi, bagaimana? Anda sudah berjaya? Saya percaya, selepas saya berikan arahan tersebut, apa yang anda fikirkan didalam minda anda adalah pintu depan rumah anda! Jadi samalah halnya dengan melupakan bekas kekasih anda. Hakikatnya, tak mungkin anda dapat melupakan seseorang yang anda telah kenal dalam hidup anda dengan mudah, lagi-lagi dia yang pernah bertakhta dalam hati anda. Jadi, apa yang perlu anda lakukan bukanlah melupakan, tetapi MEMUDARKAN! Prinsipnya, sesuatu yang pudar tidak lagi menjadi menarik. Jika tidak menarik, maka tiada lagi tarikan. Jika sudah tiada tarikan, maka senanglah nak dilupakan!
Pudarkan dirinya dari hati dan minda kita. jadikan dirinya TIDAK LAGI MENARIK pada kita. Matlamat kita adalah untuk menukarkan perasaan sayang, rindu dan cinta yang kita ada kepada perasaan yang lain. Ingat, selagi anda ada menyimpan walaupun sedikit perasaan sayang, selagi itulah hidup anda akan dibelenggu sengsara. Antara yang boleh anda lakukan ialah:
  • Bayangkan dia memperbodohkan dirinya sendiri dengan melakukan hal yang pelik-pelik dan ganjil yang membuatkan anda nak tergelak denga aksinya itu (menghilangkan imej macho, cool, cun, lawa, lemah lembut, comel yang sering anda fikirkan mengenainya)
  • Bayangkan wajah dan keadaannya ketika dia berumur 70 tahun (menimbulkan rasa tak selera)
  • Bayangkan kesengsaraan yang terpaksa anda hadapi kerana dirinya (menimbulkan rasa marah dan menyampah)
  • Rasakan bahawa anda selama ini tertipu.. ya, anda ditipu! (menimbulkan rasa marah dan sakit hati)
  • Bayangkan perkara yang selekeh dan menjijikkan mengenai dirinya (menimbulkan rasa tak selera)
Teknik Ikhlas
Selain teknik di atas, anda juga boleh memilih untuk menggunakan teknik yang lain iaitu teknik ikhlas. Walaupun kelihatan terlalu mudah dan ringkas, namun teknik ini mempunyai kesan yang mendalam, yang mampu merawat luka perasaan dengan cepat. Apa yang anda perlukan untuk teknik ini hanyalah sekeping hati bersama perasaan redha dan pasrah. Ikhlas bermaksud ‘tanpa mengharapkan balasan’. Ikhlaskanlah segala perasaan cinta, rindu, dan kasih anda kepada dirinya. Ikhlaskanlah segala pengorbanan yang telah anda lakukan untuknya. Ikhlaskanlah. Biarkanlah dia pergi. Lepaskanlah dia dari hati dan perasaan anda. Anda tidak mengharapkan apa pun dari dirinya. Anda ikhlas. Ikhlaskanlah apa yang berlaku dalam hidup anda sekarang ini, ikhlaskanlah segala apa yang anda rasakan sekarang ini.
Sebutkanlah dengan perlahan dan bersungguh-sungguh:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Mulai saat ini, aku ikhlaskan segala rasa rinduku, cintaku dan rasa kasihku pada dirinya. Aku ikhlaskan pemergiannya ya Allah. Aku ikhlaskan segala apa yang berlaku..”
Anda boleh mencipta ayat anda sendiri yang menggambarkan bahawa anda benar-benar mengikhlaskan perasaan anda pada dirinya. Selesai saja anda lafazkan ayat ikhlas anda, senyumlah sambil menarik nafas lembut, tahan, dan lepaskan dengan perlahan nafas sambil berkata dalam hati, “Aku ikhlas ya Allah”.
Segala apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Bukakanlah hati anda. Sesungguhnya, anda akan ditemukan dengan insan yang lebih baik.

Saturday, July 09, 2011

in a r/ship. it's important..

assalammualaikum...

entry aku amek kat mediaserius... betul jugak ape yg depa point out ni. buat psgn2 yg salu gaduh tu. haaa... meh baca meh...

10 Cara Bila Bergaduh :

1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.
.
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!
.
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.
.
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.
.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.
.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.
.
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!
.
8.) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.
.
9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
.
10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

.
p/s: yg no 10 ni ptg... salu org laki. kalau nak senang depa cabut ja... x pikiaq perasaan kita nih.. :p



Friday, July 08, 2011

asslammualaikum.

imy damn much abby! his new update stlh bergelar budak 2 thn. :pp

sila perhatikan rambut dia yg alfro itu. haha.. bila la nak panjang :p
sila perhatikan tgn beliau. kunci sape la dia kebas ni :p

senyuman mu menusuk kalbu.. fotogenik :)

before, candid.

after. u only just hv to ask him posing and he'll straight away do this face. ilovehim!
kepada muhd afiq asyraf @ abby. sila jgn la nakal. jgnlah keras kepala. jgnlah panas baran. x larat woo nak jaga... (mcm la aku yg jaga.. haha) i love u sahyang! (mesti aini jeles nih. haha)

Jepun.

assalammualaikum..

kali ni kita buat2 feeling jepun ye kawan2.. tgk gamba jela..








okayh. dah habes feeling kat jepun.. kembali ke dunia i city. sila ignore ke-editan gamba yg sgt hodoh.. (dlm keadaan serba salah ni. nak study ke update blog.) hehe.. btw. for me. overall. okay la. x la best pon. kecik gila tpt dia. ticket price- from 11-6pm, RM15 je. including jacket. after 6pm, harga dia rm 25 (adult), rm15 (child). sape2 yg nak dtg tuh. pakai kasut eh. sewa boot deposit rm30 kot.. bapak mahal. but they'll return rm20. since u dah pay. u boley kuar masuk tpt ice ni, bt x leyh kuar main entrance la. kalau sesaje boring. dan mmg nak membazirkan duit tuh. boleh la dtg :p

stressful life comes when u r unemployed and shopaholic.

assalammualaikum. 


okayh. tgk tajuk dah tau. k. tayah citer. haha
streeessssssssssss nye sahye.. stressssssss. sbb dah thap bosan gila gaban. oh bile nak dpt keje ni..


before: full time student.
now: full time penganggur. T_T


just focusing on some test.
PTD, 16 july. kemasukan pegawai PKNNS, 26 july
"semoga Allah mempermudahkan urusan Kama Azida, meluluskan ujian yang akan didudukinya dan memurahkan rezeki beliau. amin."


doakan sy kawan2!!!


and. btw. im going to having my graduation day on 25th sept, 9 am, DTSP, USM. please do come and give me bunga ros biru!!!! *haha. gila x malu*


"Blue roses also convey inner feelings of love at first sight, being enchanted by something or someone. The color blue is also traditionally associated with royal blood, and thus the blue rose can also denote regal majesty and splendor" [Wikipedia]. Some people said, Ros biru means perasaan yang tidak mudah ditafsirkan. imaginasi. ketidak-mungkinan. dan sesuatu yang benar-benar dalam selain melambangkan kesungguhan perasaan.