Monday, November 29, 2010

edisi after examination.. whhhooootttt....

assalammualaikum.
haa... memandangkan mood update mcm malas2 ayam. so. tgk gmbr je la. haha.. tp. before tuh. thanks 2 miss photographer.   diatas semua gamba anda. best ye ade kwn yg suke + pandai tgkp gamba ni, haha

(1) edisi tangkap gambar lepas exam, 25/11 4.00pm

4 gadis ayu.. ekeke.. :p
sape jeles dgn saye nih... ;p
(2) edisi men game + midnite wayang cite rapunzel, 3d, 25/11, 1145pm







(3) edisi shopping j-card, 26/11, 2pm

(4) edisi picnic, 27/11, 8am

menu simple lg sedap..
kene marah sebab letak paper. nanti berdebu ;x
proses pembelajaran~
 


buat ayer pon kene tegor jugak.. T_T'
 
pakar ayam~ hihi
asal sopan gile i duduk. auw. xp
gadis pembakar kerang. hihi..
enam sekawan. semoga berkekalan persahabatan kita selama2 nya. amin. ;)

bestday amy.. edisi lambat update. ;p

assalammualaikum..
amy!!! hepi bestday!!!! 23.11.2010
we love u damn much... muahx23456x

amy = besday girl = pegang kek tu ye..
p/s: credit to miss sumber gamba. cik jimah

Wednesday, November 24, 2010

aku puteri angin dan api. hikhik.


slm.. haa... memandang kan cik nadia kite update pasal gadis tanah.. ece. i pon nak jugak lah.tp, i puteri ok. hahahahaha
tgk title cepat!! yey, nk bg tau. sy seorg wanita angin + api.. (aku pon kompius senanyer. haha. ) tp, mengikut bwh ni, aku= anak ke 3 = wanita api. + libra = wanita angin. so, mari kite lihat kriteria nyer...

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
Air – kedua, keenam, kesepuluh
Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

WANITA BERUNSUR TANAH
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
- Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
- Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
- Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
- Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

WANITA BERUNSUR AIR
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
- Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
- Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
- Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

WANITA BERUNSUR ANGIN
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
- Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami

WANITA BERUNSUR API

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
- Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
- Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
- Penasihat yang baik kepada suami.
- Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
- Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Berdasarkan lambang dari bulan kelahiran pula:

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 May – 21 Jun), Libra (24 Sept – 23 Oct) dan Aquarius (21 Jan – 19 Feb)

Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 Apr – 20 May), Virgo (24 Aug – 23 Sept) dan Capricon (22 Dec – 20 Jan)
Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac – 20 Apr), Leo (24 Jul – 23 Aug) dan Sagittarius (23 Nov – 21 Dec)
Dilahirkan sebagai pemimpin. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA AIR
Wanita air dilahirkan di bawah zodiak Cancer (22 Jun – 23 Jul), Scorpio (24 Oct – 22 Nov) dan Pisces (20 Feb – 20 Mac)
Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati. Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah, berhati-hati, tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

p/s: hmm. makneyer. i xleyh kawen gn org jenis api jugaklah ni. aiyo.. so, yang len2 tuh. ha.. cpt check korang type ape.. lelaki kalau nak.. pon boleh... haha

Tuesday, November 23, 2010

w/p da agak lame artikel ni org post kat fb. tp, ak nak share jugaklah kat sini. ptg nih.. :p

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…


seribu bintang

Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih

*
Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

*
Jangan permainkan cintaku


20-21/11/10

malas nak story. haha. tgk gamba jela.

ok. first skali nak selit gamba budak montel nih. COMEL KAN DYE? :))
time kat rnr bukit gantang. on our way back 2 penang.

ni abg sy yg garang dan pembebel terhebat time sy tgh drive.

at tanjung bungah hotel. ape motif gamba nih pun ak tataw ah. haha
there's nothing fun rather than goin back 2 usm isn't it? haha. (such a big liar.)

rapid update 3rd examination

slm. ok. td aku exam basic psycho.hmm. best giler. mantap. terbaek. huhu..

1) pegi2 xm hall da masuk salah entry nak parking. parking pon aku sorang je terbalik. pastuhkan.. ade pak guard yg sgtlah poyo, gelak2... kate " awak nih nasib bek nak xm. patotnyer dah kene saman nih. masuk pon salah.. " T_T

2)kat xm hall pulak. dok excited nak masok. ingatkan pintu dah bukak.. tp. tp. tp... rupenye tak. abg psycho yg jage dewan tuh ayiklah psycho ak. (sukati la nak masuk bile2). dahtu. dok melepak dekat gn aku. dah la bunyi kasut dye menganggu fkrn. serabut.

(3) then. keluar lah exam hall awal. dr dok serabut2.. bek kua awal kan? haha.. terus la tgk carry mark.. tibe2 kan? lepas tgk carry mark kan... RASE NAK MASOK BALIK DLM XM HALL. WAT EXAM ELOK2.. haha

papepun. dah lepas tuh lepas lah. next? health psycho. 25/11, dpc, 2.15pm

p/s: kwn2 yg da abes exam tuh.. tlg tarik beg pelan2. jgn riuh2 sgt. tayah wat konsert. hahaha. doa2 la kat org yg tak abes lg ni ha..

Friday, November 19, 2010

tag dr kak elfa lagik. :B

Salam.. aha. ok. kali ni update tag dr kak elfa lagik. about, photo addict contest.. cam tau2 je i suke bergambar. auw. i like.. haha. so, sesiapa yg nak join, boleh klik sini. direct to link contest dr cik yuni yg lawa tuh. (lagu kat blog dye mantop weyh.. hihi)

aku nih mmg fail sikit bab2 edit gambar nih. so, combine gamba jela yg aku mampu.jadi. disini. saye. saye. saye. suke giler kat gamba nih sbb SAYE SENYUM NAMPAK GUSI!! yey! haha. ;p

3 org bertuah yg ditag adalah;
(ii)dhiya
(iii)ikang aka cikgu gitarku. haha

kpd sesiapa yg len nak join boleh saja. tp, dah name nyer pon contest, opkos la ade syarat kan? korang leh tgk kat link atas td eh. sile join sepantas kilat jugak ye. contest ni end 27 dis 2010.

Monday, November 15, 2010

saye = mak orang?? T_T'

salam.. aha... berdasarkan tajuk kite pd hari ni.. so, i nak cite sket pasal kejadian yg berlaku beberape jam yg lalu. tp.. b4 tuh, cube korang perhatikan gamba kat bwh ni..

sebijik tak muke kitorang? aku rase part hidung kot. both mancung. hahahh.. (ok. i redha.. kemek sikit T_T).. actually.. saje x fokus kat muke sbb aku nak tunjuk beg baru tuh ha... cpt2.. cube teka bape rm dye?? hihihi $$$

an hour ago. aku, mak gn abby kua la g jejalan. maklumle, dok umah kan bosan. haha. so, ktorg g r jalan2 area2 umah aku ni je. as stated. aku kua gn abby. abby aka name sebenar afiq asyraf ni anak jiran ak. umo dye baru setahun 3 bulan. mak ak bela dia dr kecik lg. yela. kan ktorg sume da besar. so, mak ak tggl sorang pepagi.. bosan2 xde wat ape tu, dye pon bela abby sorang. at least, ade gak la teman menyembang (mmg menyembang sakan.. byk bunyik kot budak nih..).

tp.. tp.. tp... bile da kua gn dye. for sure ah org ingat dye nih anak aku. dahla byk songeh kot budak nih. haa.. mmg elok la ko ni gn cik gula kapas tu. same2 bising. xde le diam je umah tangge. huhu... dahla sume org dok pandang.. pastuh, dok kate kat mak ak.. "cucu ye cik.." haish.. asal la korang x ckp kat aku je terus. "anak ye dik?" aha. kn ke direct tuh lg bagus..T_T

mmg x larat okayh kuar gn dye. dr nak shopping bebanyak.. terbantut la hasrat ku. lalu, dpt merembat 4 helai baju je.. aha. gamba ak gn bebaju tuh xde la kan. dok kejar budak nih je. x sempat nk tgkp gamba i byk2. hihi.. tp, at least dpt la jugak beli 2 helai gaun + 2 helai kemeja dr xde kan. :))

ni gamba mamat ni stuck kat buaian area permainan kanak2..  puas nak tarik g tempat len.. x kemane nye.. 


betape heaven nyer dia. siap jelir lidah lg ko eh.. ish2.      







1: aha, dont try this at home. bapak ganas care ak pegang dye. time nih mmg xlarat da weyh.. penat kejar.. pffft! 2: gaye model.. siap toleh blakang lagik.3: gaya mamat gengster nk pecah kedai kain. huehue4: hah. ni gayo budak akrobatik mano pon den tataw la eh..5:time nih aku tarik tgn dye nk bwk g tmpt len dye tamau jalan, so, cangkung is the better way.
aksi budak kecik nih mkn..  * = "haih.. lamo bonar minah 2 org ni mkn. tersengguk2 i nak tido"







"tadaaa... we come to the end nanny." oh.. time nih nak balik dah ni.. seyes TAK LARAT~~~

 1: "baby johnson. lurus cam rambut i nih"2: "haih. org ngantok pon nak tgkp gamba lg.."3: "bukan takat mcm mak org je dah ni... T_T"4: aha.. small kid come to dream, baby!!
although u r naughty. i always love u damn much!! mmuah! (cik gula kapas. jgn mara naa.. hahahaa)

Sunday, November 14, 2010

sape nak adiah dr paris??

haa... tgk tajuk mcm gempak je..
eh, tp mmg gempak pun.. kalo korang yg menang contest ni. haaa...

actually, mende alah ni, aku ditag oleh hencik ikang.. so, bg mengisi masa lapang aku yg mmg sentiasa lapang ni (study taknak pulak ekau eh ;p), so.. jom la tgk contest ni..


haa.. korang imagine la gamba aku kat tgh2 tu. mesti santek. hihi...

contest ni, dtg nye dr cik nadia kite. cantik je orgnye. slim lg tuh. 
step2 nak join contest ni spt yg tertera ni ye..

1st, korang letakkan gambar atas ni dan link kan terus ke blog 
www.nadiafarahida.blogspot.com.

2nd, letakkan gambar ni skali kat side bar blog korang dan link kan terus ke entry contest ni. agak2 lau pic ni sebesar gajah, korg semutkan lah dye.

3rd, jadila follower cik nadia santek kite nih

4th, tag 3 orang blogger lain. make sure la pengikut korang tuh taw. lau x, korang tag la sape pun, x kemane nye weyh. so, kat sini, i nak tag;
iii)mimi
sape2 yg nak join pon boleh.. sepantas kilat ye. 20/11/10, jam 12pm otometik pintu gate contest ni da tutup weyh.. 
and, last, tinggalkan jejak tapak kasut korang skali gn link kat komen contest ni ha.. kan da siap.. hihi

perihal 2nd exam~

slm..
aha.. bapak lambat aku update sal 2nd exam nih. dah berkurun nek oi..
tp, xkesah la. nak cite jugak..
2nd xm = 11 november = 2nd paper = paper microb food & industry = killer paper = BAPAK SENANG!!! pfft. ko tayah pk ape, mmg tau xley jawab. hahaha..
ade ke dye tanye, gv 2 name of bacteria bla3.. gv 3 name of bacteria zzzzzzzzzzzz. mmg tersenggut2 ko nk jawab. dah xley jwb, nak hentam pon kene pk 48 kali dulu nk bg name ape. tipu ah tetibe ko letak name bacteria tuh kama azida ke. hehehe.. and... erm.. erm.. erm..sorry shida. mesti ko rimas gile dok blakang aku. aku dok gerak sane sinih. siyes weyh. mmg xthn da nak dok lam tuh. siap g toilet kot. haha. 1st time nih tyme exam aku kua g toilet. sng je weyh, sblm kua, tulis name bla3.. sblm duduk balik, sign. at least, bergerak gak la otot2 aku nih..
btw, hm... t_t". tawakal je la. korang2 tuh, tolongla doa2 kan aku skali yer. sobes~~~

perhatikan gamba atas dgn gamba nih. aha...  penyiasat selipar hijau kate tema notes aku gn baju aku time xm mesti same. haha.(gambar curik dr belog dye. link kat situ tu. haha)


directly after exam, ktorg terus blah balik umah. haha. malas i nak dok pikiaq lame2 pasal xm ni.. stress3... haha.. so, skarang.. cite pasal kl ku tersayam.. aha..
kat uma, ari khamis mlm tuh, landing2. pk mase dpn.. maklum le. lately, terlmpau banyaklah hal nye yg berlaku. sampai x dan2 nak pikior.
hari jumaat tuh, awal2 lg i da date dgn u abby aka boipren cik gula kapas purple. suweet nyer dye. lasak gile kot budak nih. x dan2 nak snap byk gambo dye dok maen henset aku. so, 1 ni jela buat tatapan..

budak eskimo muke sememeh. alolo shumel.
later then, bile da kat umah.. nak wat ape lg la kan selain shopping!!! haha... bapak banyak aku rembat do. SALE3!!! arghh.. agak2, boley ke bakal suami aku ubah shopaholic aku ni. kompem terus kawen gn dia. ~~"
kat jusco AU2. abaikan rupe ku yg sememangnye sememeh lagi selebet ini. =.=
 kisah hari sabtu pulak.. aku g melawat anak buah. danny.. hmm... dye kan. dye kan.. demam campak.. tp, senanyer bukanla pon.. stakat ruam berbiji-biji je.. budak ni senang jage tau stakat nih. dye cume melalak bile nak susu, tido gn berak.. (hahahaah).. so, aku yg sgtlah jeles dgn kesenangan dye nih, lalu mengacao dn memarahi dye. grrrr.. make, beliau pon, membuatlah muke sebegini;

haha.. ni la muke yg budak ni buat bile aku marah dye weyh,. ahhaha. kesian dye.. x bersalah pon. alolo. sowi darlie!

perhatikan mimik muke dye dlm stp snap. hahahaha.. yg bwh tuh semat seyh. haahahahahah.. k dah.
kecik2 pun da tau genggam duet. kat tgn seblah lg tu pun ade kot. haish. bek le derma kat maksu awak ni ha. ade gak pekdahnyer..
p/s; make, setakat itu jela perihal 2nd exam ni. so, lg 2 paper.. basic & health psycho. tp, asal aku rase heaven gile cam da abes paper je nih?? adoi2.. please la insap cik kama oi.