Saturday, December 06, 2014

setelah dua bulan menyepi.

Assalammulaikum wahai kawan-kawan-kawan yg sedang tidur *sambil tgk jam 2.20 am.

haha. seperti biasa, time ak boring baru la ak rase ak akan cr blog ni dan memulakan upacara menaip.

aaaaaaa. seyes boring walaupun merujuk keadaan sekarang ak sepatutnya menaip report dan membuat slide petang nnti class nak present hoiiii! boring boring boring!

rase nak jerit jerit jerit sambil bayangkan berada di tepi gertak sanggul, penang.. pergh!. hehe.
eh btw, kat sini ada satu cerita.

tadi. time bebosan xde idea. keep on browsing. tetibe, ak cam teringat kat seseorang. seseorang tu sape? haaaaaa. seseorang yg pernah meninggalkan parut di hati ini 7 tahun yg lalu. yeker 7 tahun? ye kot. cerita lama dulu la which sampai mati pun ak ingat kot?

nak bagi tau. i just noticed yang dia dah kahwen wei!! it was in yr 2013. okayh. setahun lebih dah kawen. bahagia ke ek? sbb buat kat orang dulu? kan karma? diri sendiri mesti kene balik? sooner or later. k. tak baik macam tu cik kamaaaaa. tu kuasa Allah. huhu.

saje je nak cite tu. sebab tetibe sedih? x tau kenapa sedih. tp sedih la. huuuuuuuuuuuuuuuu

#sambillapairmata #sambilsambungbuatreport #sambildengarlagufirstlady-babyiloveyou #sambilnangisbalikteringatkenanganlama #sambildengarlaguboyzoneeverydayiloveyou #sambilnangislagi #oiisampaibilanaknangis

daaa~
forever love,
cik kama.


Monday, October 06, 2014

6th October. #Flashback

Assalammualaikum!

heeeeee. sebenarnya taip belog ni sebab tengah sedih.
tataw kenapa? tapi sedih. oh please big girl. 
you are now officially 25. please please please. #sambilkesatairmata

sebenarnya jugak. punca dia rindu. rindu. rindu sangat dekat suasana dulu dulu. 
word cannot describe my feeling.

so. mari ber-flash back. 

(1) di sepanjang usia 23 tahun - zaman bersuka ria

(2) di usia 24 tahun. zaman permulaan kedewasaan. zaman dimana sambutan besday paling best i ever had. was updated by kekasih hati. was cilok by me. 

(3) di usia 25 tahun. zaman  pertengahan kedewasaan. zaman ke arah keseriusan. omo! is it true? I AM 25?? oh maiiiiiiiiiii. oh maiiiiiiiiii. #sambilkesatairmatalagik


wishlist di angka dua lima.
(1) menjadi anak solehah dan sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa
(2) berjaya menamatkan master awal tahun depan dgn pointer yg mantop seterusnya menyambung ke pengajian phd selepas kawin. #kenapakenelepaskawinsebabnaklakisponsor #haha
(3) berjaya menjadi penjawat awam pnp secepat mungkin 
(4) menjadi isteri solehah. eh? #berkaitrapatdenganpointnomborlima
(5) kahwin di usia 25 tahun. ada lagi 12 bulan daripada sekarang hahahaha #inioversangat #dulunakkawenumoduatigatapitakdapat
(6) berjaya memiliki sebuah rumah yang sangat selesa untuk diri sendiri dan ibu bapa
(7) mempunyai bisnes yang maju dan berjaya jaya jaya dengan jayanya #rosalescouture
(8) pandai bermain gitar 
(9) pandai masak. isssskkkk #sambilnangislagik
(10) last sekalik.... berjaya memilik mini cooper s yang dari dulu nak x dapat dapat. huhuhuuuu #keneletaklastskaliksbbselaluletakatastpxdpt2lagikmaybekeneletakbawahbarudapat.huhu

sebenarnya kan. masa memula taip td. banyak nak luah perasaan yang sekian lama terpendam. tapi... x jadik. sebab da lupa apa nak luah lepas nangis nangis. HAHAHAHA

so, tu je la. sambung nanti. #sambungnantitubilapunitatawla #selamatharijadibuatdirisendiri  #semogacepatkawen #eh? 


Friday, June 27, 2014

Walimatul-urus Faiz & Fatin - 17 May 2014

Assalammualaikum semua!!


sabtu, 17 mei yang lalu merupakan detik bahagia buat pasangan kekasih hati faiz dan fatin yg tlh selamat diijab kabulkan. memandangkan fatin antara close friend yg aku ada, so, mmg gigih ku gagahkan ke penang golf club pepagi tu demi menghadiri resepsi beliau.

bertolak dr KL around 8am. Sampai penang dalam 11.30am. start majlis. Around 2pm, we both beransur ke pulau, anddddddddd. ke Purrfect Cafe lah kite! *entry khas bakal menyusul. hikhik*. Then, we went back to KL dalam pukul 6.30pm and safely arrived around 10pm. Alhamdulillah.

Tahniah Fatin. Semoga kekal bahagia selama-lamanya.

happy couple. May Allah bless their marriage.
the deco was ohsem. sebab ada choc fountain. haha
bas usm dah baru hoii!!
memorable place of me. kompleks RST. i mis u damn much ohhoi!
jambatan kedua yang.. erm.. mm. mm lengang? x berapa best?

suddenly. 
I miss penang/ i miss my old life.
serius.

sekian. ok bai!

forver love,
cik shazida

Perspirex vs Smelly No more/ Tiada lagi masalah ketiak! - Product review

Assalammualaikum semua!

sapa kat sini mengalami masalah ketiak berpeluh secara berlebih-lebihan?

ok. akula tu. haha. kalau nak diikutkan masalah ni, da lame da tau aku alami.
asal panas sikit, mula la ketiak tu nak membasah. *jangan baca nada geli sangat* haha

so, aku pun cari inisiatif memandangkan ini menyukarkan aku utk bergaya dgn baju yg mempunyai colour block gitu. so, aku pun gugel dan gugel dan gugel. dan, terjumpa la 1 produk ni, perspirex. yang mana, ni bukan hasil gugel pon, tapi hasil ak tanya membe sekerja yg mengalami masalah yg sama. haha

so far so good. best!!! perspirex ni susah dapat. biasanya dia jual kat guardian. tu pun, kalau ko nak. ko kene tanye kat akak keje situ ye baru dia bg yg betul punya. biasanya display dia kotak kosong je. harga RM58.90 setakat tarikh aku publish entry ni.. Kat watson xde. jgn ko g  carik kat watson pulak. xde ye..

Perspirex ni ada dua jenis, satu yg jenis lotion, utk kaki ke tgn ke, kalau korang mengalami perpeluhan berlebihan la and satu lagi yg roll on. yg ni la yg aku cakap kat atas td. yg aku guna. Cara guna roll on senang je.. ko roll kan aje kat ketiak, sebelum tidur, 3 kali seminggu sampai dah xde masalah perpeluhan ketiak tu. make sure, time roll tu ketiak ko kering, and kalau shave ke cabut bulu ketiak ke, pastikan selepas 48 jam baru ko apply perspirex ni. kalau degil, rasakan la. haha


then, smelly no more, total image. yg ni fungsi dia, mengekalkan kesegaran dan menghilangkan bau badan. deodorant la senang cite. best dan best. kene cuba baru tau. harga dia dalam RM16++ yang ni watson ada, guardian ada and pharmacy len pun ada rasenye. cuma kuantiti dia x banyak. kekadang tu, bru ko nak beli, da xde. habis gitu. 


**thanks to kaka & kak fiza yg kenalkan produk ni dkt iols

sekian. ok bai!

forever love,
cik shazida.

Salun Du Chocolat vs Dip n Dip - Food review

Setelah sebulan lebih.

Assalammulaikum semua!

heeee. entry kali ni review tentang syurga coklat yang SANGAT digemari oleh aku. *telan airliur*

isnin lepas aku mengidam nak makan stroberi coklat. yang mana, setiap hari pun rasa mengidam nak makan stroberi coklat *bajet Dato' CT sbb feberet food stroberi coklat haha* Disebabkan tahap ke-mengidaman aku yang terlampau-lampau dari hari sabtu lepas lagi telah membawa aku ke Salun Du Chocolat. Lokasi dia terletak di Publika, Solaris Dutamas.

Biasanya, kalau teringin je ak akan ke dip n dip. tapi, lepas mendapat tahu akan kewujudan kedai ni, haruslah mencuba makan disini ye dak. barulah boleh dibanding-bandingkan lalu di mark' menjadi tempat pojaan hati.

Nama Kedai : Salun Du Chocolat
Alamat : http://www.salonduchocolat.com.my/contact.php (buat masa ni baru ada 1 dekat Publika, Solaris Dutamas)
Rating : 4/5
Kelemahan : Tempat yang kecil dan tidak mempunyai space yang mencukupi

ni menu yg ada. setiap page aku gagah snap demi korang. senang pilih nanti. :p
*menu bawah - pizza waffle RM19.90 1 Slice/ menu atas - salon pancake RM28.90 / pc.. ohhhh.. imma happy girl. thank you bff ;)
So, jika dibandingkan dgn dip n dip. Rasenya, ak recommend korang try sini kot. sebab, harga dia murah dari dip n dip. food dia superb, mabeles, ohsem dan sewaktu dgn nya dan service dia pantas. besides, kat sini boleh bayar guna debit card ;) *mende penting bg org yg tidak mempunyai cash byk spt. aku*
Kalau dip n dip, harga dia quite pricey, food dia sedap je, lebih kurang Salun Du Chocolat ni jugak. service, ok la. just so-so. sbb kat situ always full walaupun space dia besar, crowded dan bising. yang paling x best, kene bayar cash ye. no debit card dan apa jua card. huhu... cemano kalau terlupo xdo cash time tu? jenuh hoi.

Nama Kedai : Dip n Dip
Alamat : http://www.dipndip.com/branches.html#malaysia (branch dia ada dekat bangsar dan the curve.. kalau ak lebih prefer pegi dekat the curve sebab, parking senang, dan agak luas sedikit ye.)
Rating : 3.5/5
Kelemahan : urusniaga tunai sahaja. always full and crowded. agak' mahal berbanding sedikit, SEDIKIT je ye berbanding Salun Du Chocolat

ni nama dia dip n dip platter. harga around RM50++ 1 set ni if im not mistaken.
lepas update entry ni terus rasa lapa chocolate lagi. oh nom nom nom. tsssssk.

sekian. ok bai!

foreverlove,
cik shazida

Tuesday, May 13, 2014

HARI JADI DAN HARI IBU

Assalammualaikum...

menjadi kebiasaan kitorang setiap tahun kalau bulan mei je, mesti ade eat2 talk2 together gether dgn family yg disayangi... bebaru ni, 10 may lepas kitorang bergathering lah bersama - sama.

dulu, time mude belia time baby, anak buah ak ni paling x suke dgn ak.. ahhaha.. skrg ni, kemain dia ye.. tetau je diri sendiri bakal jadik abang, terus dia buat baik dgn maksu dia. OH RINDU!



pesanan khidmat cepat:
HAPPY BIRTHDAY ANGAH. I LOVE YOU SO MUCH!


**aku rase ak taip entry ni satu napas je. phew! 

DAY TRIP TO LANGKAWI

Assalammualaikum.. selamat pagi. selamat hari wesak 13 may 14.


hari isnin minggu lepas, 5 may ak g langkawi dgn bff balik hari. motip sangat pegi balik ari semata-mata kan? hahaha
tu namenye seteress tu seteresss. tension mak encik. maka membawa diri la kite yek..

first-first, haruslah beli tiket flight.. sebelum beli kene tau motip perjalanan dulu. samaada ko nak berjimba ke bershopping. haha. motip ak g ni, harus la bershopping yg plg utama nya baru le berjalan-jalan. semata-mata sangat. tambah tolak tiket flght sume amek kau same je rege kat kl ni kan makin seteresss mak Hencik. hahaha. tp xpe. td kate nak berjalan-jalan skalik.. berjalan la kite. huhu

rege tiket flight tanpa promosi sume mcm kat bawah ni yek...


so, sampai kat airport langkawi dalam 8.30am camtu terus sambar kete sewa. memula sebelum g ak da kol nak sewa kete, tp abg tu ckp walk in je kaunter dik. skalik, amek kau, manual viva rm60. tsssk tssskkk.. dia kire full day gak walaupun kami half day je.. huhu. pastu topup minyak rm 20 + rm 5 lagik.. cecukup utk sepanjang hari kami disana yer.

kitorang bf dekat pekan kuah. kari dia terbayek! sedap! tp x ingat nama kedai dia. lepas je bf, terus menyopping. kedai pon x bukak lagi hoi! huhu. berjalan kaki la kite. rasa peluh menitis-nitis tu toksah kate. demi vitamin d, ku relakan aje berpanas di pagi hari. huhuhu. tu susah kalau kuo dengan bff yg mementingkan kesihatan ni :P

lepas jenjalan, sesurvey rege yg mmg kompem same jeeeeeee sume kedai. ak pon terus rembat sume mende yg dlm list nak beli, bayor dan chow chow chow makan lunch.. setiap kali g langkawi, kitorg akan g ade 1 kedai melayu yg masakan dia not bad la, nama kedai cam bese, xkan ku amek peduli melainkan lokasi nye saje.. bebetul depan underwaterworld. boleh le try kalau korang g yer.. 

separuh coklat yg ak sempat sambar sblm encik bff membising. huhuhu. 
1 kotak ni RM125.. dalam dia ada 6 kotak besar. 1 kotak besar ade 8 kotak kecil. 
yang ni pemanggan ajaib jenama idaman suri.. ade 3 size, kecik, medium dan besar.  yg kecik RM29.90.. yg medium: 36 cm RM52.90.. 44cm besar RM 68.90. dlm gamba tu medium size ye... yang size besar ada dlm gamba bawah.
vantage pemanggang ajaib. ade dua saiz: dlm gamba ni medium - 32 cm RM99, besar sikit RM119
periuk ajaib yang kalau dapat RASE nak masak hari-hari. RASA je la. haha
lelepak, jenjalan, pepusing, dedekat kol 5 kitorg pon g la oriental village dgn harapan nak naik duck bus tu. menarik siot. bas + boat 2 in 1... skalik, amek ujan lebat mencurah2.. huhuhuhu. terpaksa membawa diri makan laksa tepi airport tu je kesudahannya. laksa yg sedap. seriyes sedap kuah dia. KUAH dia je la. laksa dia tu.. mungkin kene lembut sikit barangkali? huhu. 



dalam jam 7.00pm kitorg da sesiap ada kat airport, solat sume. check in, pap! menanti dengan penuh kesabaran flight delay. huhuh. standard ah.. airasia kan. huhuhu. sampai kat lcct dalam kol 11 lebey kot.. kesian sayang aku sorang kene tunggu kat situ lelama. demi pemanggang ajaib redha je dia menunggu. eh! hahahaha. maafkan saye mak hencik!

haa. yg anje pegang tu size besar okay. and saye tau saye semakin gemuk.. NANTI i diet ye. huhu
ehem. RM40.50 ye sepanjang berbelas jam kitorang park kete kat situ... nak dekat punye pasal. =.=
pesanan khidmat ringkas:
1) terima kasih kepada bff saye yg mampu bertahan dgn kerenah, perangai dan emosi sy yg sentiasa tidak stabil selama ini. terima kasih! 
2) sebenarnye kan.. kalau korang berada di langkawi kurang dr 48 jam, barang tertentu yg korang beli kene cukai tau? 30% dr harga resit. so, sila simpan resit flight, dan resit segala barangan yg korang beli tu bagi memudahkan pihak Kastam nak check.. more details refer website kastam ni.. tapi.. time ak g ritu, ALHAMDULILLAH terlepas di atas sebab-sebab tertentu :P berkat doa kot?
3) senarai harga coklat pada 05 mei 2014 yang ak ingat sesikit:
Rafaello T3 30g RM2.90
Rafaello T25 RM21.90
Ferrero Rocher T16 200g RM14.90
Ferrero Rocher T30 RM23.90
Whittaker's Almond Gold 3pcs RM8.90
Hersheys Kisses Plain 217g RM10.90
Hersheys campur 3pack RM37.80 
Daim 300g 3pack RM45.90 (1pack RM15.90)
Daim snacx 145g RM11.50
Bounty Minis Funsize 24pcs/pack RM14.90
Loacker Noisette 100g RM8.90

Sunday, April 27, 2014

dulu dan sekarang

Assalmmualikum.

dedulu. comel je tiga beradik ni.


sekarang. ish ish ish. makin temb temb je semua.
yg dua da kawen tu xpela. yg bujang lg tu makin berisi tu acane? issk...

gamba taun lepas semasa pilihan raya. ada kaitan x dengan catuan air sekarang ni? eh?

PERCUTIAN.

Assalammualaikum...

tak sabar bulan 5.. cepatla masuk. cepatla.

sebab, x sabar nak pegi bercuti tiap-tiap minggu.
untung ramai kawan jejauh. time kawen je leh travel berserta pakej percutian sekalik.

gambar lama sebab masih kurus lagik. haha

BELAJAR.


Assalammualaikum..

memandangkan secawan coffee yang diteguk sebentar tadi mematikan rasa-rasa mengantuk, marilah kita meng-update blog walau angka menununjuk ke arah 2:00 pagi.

okay. topik hari ni adalah belajar.

nak dijadikan cerita, dari dulu, proses pembelajaran aku semuanya menjurus ke arah kemahuan mak dan abah.
masuk je form 1, ak da kene study arab. dalam hati punyalah duk tak paham. tak paham.. nak x nak, ko kene hadap la jugak. isk

abes form 3, ak dapat asrama, tp  mak abah x bagi pegi.. masih kat sekolah yg sama, ak ingat nak amek sastera... gegaye orang seni la kate kan... tapi.. mak abah suruh amek pure science. kemahuan hak sekali lagi dinafikan... isk

abes je spm, masuk matrik, dala kene masuk matriks tpt yg sama dgn abg. pulak tuh, opkos la kene amek sains hayat jugak.
keluar matrik, masuk u pon, kene masuk u yg sama dgn abg, amek bidang pon same jugak.
time ni, ikut hati nak memberontak. da lama ak membiarkan naluri ak, kehendak ak, beralun mengikut rentak mak dengan abah. tapi............ takkan nak membantah pulak?
dengan redha dan pasrah, ak terpaksa menghadap 3 tahun belajar mikrobiologi.sampai nak biol da rase. ikut hati nak je amek management..  tp, xpela... alhamdulillah. akhirnya abes la jugak seksa 3 taun belajar tu.

abes je grad, mak abah suh masuk gomen. ak x apply pon.. 2 taun gak la aku dok menuai hasil jd pekerja swasta. tup tup.. tetibe dpt pggln interview.. nak x nak... kene la g jugak. disini... bermula la perkhidmatan ak sebagai seorang gov. sector.

disini jugak.. baru ak nampak hikmah disebalik setiap aturan mak dan abah dulu... dengan izin Allah s.w.t.
kenape? sebab, skrg ni ak di beri peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yg ak dok berzikir dr dulu nak amek, which is management. im officially HR student.

and disini jugak, baru aku tau. management tu x best langsung. bahahaha. naseb baik ak x ikutkan ati aku time u dedulu. sbb skg, rasa nak stop je study, naseb yuran da bayar.. terpaksa ku teruskan.

belajar sebagai aktiviti sampingan, separuh masa tu susah gak koo.. da la balik keje pepenat, travel pulak ulang alik kl-putrajaya. kalau x jem, senang la hati ko. kalau jem? mau ko x seteresss. isk. tetambah esemen prof kasik sume tahap over over, xtaula ku nak kate. redha je la.

ak baru je abes 1 sem. ikutkan 2 taun baru abes. tp, disebabkan tahap kemalasan aku berganda-ganda, terpaksa la aku berusaha sehabis mugkin cuba habiskan seawal boleh. mohon doaaaaaa ye kengkawan biar ak abes cepat. huhu


Wednesday, April 23, 2014

SALE! SALE! SALE!

Assalammulaikum... *fuh fuh.. sambil hembus habuk kat belog*

heeeeeee. maafkan saya kerana terlalu lama mengabaikan kamu wahai belog.

okay! back to the topic. this will be the fast post fr me. regarding rosales <3 <3 <3

ehem!! 24hb ni kan.. gomen gaji kan? kan? kan?
lepastuh... bulan april pun semakin melabuhkan tirainya.
semua pekerja pon bakal menerima habuan titik peluh masing-masing ye tak...
maka.. dengan ini, kami di rosales team would like to do some promotion ttg rosales beauty..

MARILAH MELIHAT GAMBAR DI BAWAH DENGAN GEMBIRA HATINYA.
SALE BERBALOI BALOI BALOI KOOOOOTTTTT!




so!! kalau ada yang berminat.. boleh pm page kami;

atau, pm sy pon boleyh.. :)

and, feel free to wasap for any inquiry ye!
012-3948677

WHATSAPP ONLY YE!

tadaaa!

dari, 
#penyiasatgulakapas yang jugak #rosaleslover

Saturday, December 28, 2013

Salahkah?

Assalammualaikum semua!!

*sambil tiup habuk kat belog*

macam lame je kite x update belog kan. macam lame je.. tetibe update ni mesti ade pape ni kan. kan.. huhu
kasik ubat rindu dulu, kasik kaver line dulu, kite bubuh gamba dulu siket ek.




okayy. sebenarnye kan. kite rindu budak 3 orang ni. kite rindu setiap moment dengan dorang. selalu kalau kite sedih dorang mesti ada. *hint nak bgtau tgh sedih. ahaha. boring la belog ni. asyik sedih jek cite dia. bile nak happy pon tataw la. isk*

rase macam nak lari pegi penang. putar balik masa pegi dekat tarikh 23.08.08. nak mintak balik masa tu xpernah berlaku dalam hidup. sebab... setiap kali punca kesedihan saya. semua berpunca dari tarikh tu.

lepas tuh. nak larik balik pegi penang putar balik masa. supaya.... sy dpt create balik moment moment yg ada...

But...... never expect, never assume, never ask and never demand. Just let it be. Don't look back unless it's a good view for you...

eh. sebenarnye kan.. dari tadi. dari waktu kite taip tadi, i keep on replaying this song. sebabtu tajuk entry ni pon kemain nak same gn tajuk lagu.

#oh #sedihnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee lagu ni. #huwaaaaaaaaaaa.


so....

when we come to the conclusion,


and...


EGOS, BELIEFS and FEARS has separated us.

#keep #moving

#salahkah #salahkah #salahkah

#akhirnyaairmatapunmenitikjugak

Saturday, October 19, 2013

Ceritera lama. aku yang dulu bukanlah yang sekarang.

Assalammualaikum!!! *jerit kuat-kuat*

woah! woah! woah!!!

lame seyh x update blog ni. nampak sangat seorang pekerja gomen yang org selalu kutuk x buat keje tu xdek mase nak update belog. mih mih mih.. *motip sangat nak bgtau pekerjaan sekarang. haha*

Disebabkan da kame x update blog. nak taip ape pon xde idea dah. huhuhu. 
erm. erm. erm... kite mulakan dengan current life kot?

okay. first skali. Alhamdulillah. saye kini bergelar seorang Gov. Servant. officially masuk since 15th July 2013. hanya sebagai seorang kuli picisan bagi KKM which is to be spesific, merupakan seorang staff Institut Kanser Negara or National Cancer Institute (NCI) yg akan beroperasi sepenuhnya Januari 2013.

Institut Kanser Negara, Putrajaya
opismate yg happening <3
ehem. ye. saye semakin chubby. mohon abaikan. huhuhuhu
Last week kitorang ada perhimpunan bulanan. for the first time since we moved in. Time pengarah berucap, dia ada dok sentuh pasal bmi tau. sesume dah pepandang ioll. sentap sangat. hahaha. kitorg kene dptkan bmi yg ideal kott. ade extra mark utk penilaian. huhuhuhu. dala bmi kite menunjukkan angka2 pertambahan. terus lompat bintang seratus kali. sobs sobss.

alhamdulillah.. makan...
makan lagi...
makannnn lagi... so, sebab tu la bleh naik sampai 7kilo. and counting more. huhuhuhu T_T
kitorang siap ada tutorial time rehat hari jumaat tu.. heaven x? haha.. pasneh kalau x reti masak gak terjun parit la cik kama.. huhu
Keje dekat sini. so far, so good. tak cukup makan tu tipula. huhuhu. hari-hari aku terlebih makan sampai naik 7 kilo. ye. 7 kilo... *taip sambil nangis. huhuhu... suasana tempat keje pulak, okay la. just nice. masih sunyi lagi sbb inpatient xmasuk lagi... just outpatient je yg dtg tu pun sikit sikit. so, bangunan ni masih sunyi. sunyi dia tu secara detail boleh rujuk gamba kat bawah yg published kat yahoo news tu. huhuhu. rakan-rakan sekerja pon okay. superb superb sumenye. happening sangat. work flow pon okay. next year baru bertimbun timbun kot sbb patient baru start ramai time tuh. so, so far, so good la. i pegi keje 6.45am, sampai dalam 7.15 camtuh... WP1. so, ioll balik 4.30 ye. TEPAT 4.30. ahahaha sbb i is xsanggup nak menghadap jem kat mrr2. lambat je kuar 10 menet boleh stuck berjam jam kot. huhuhu


so, setakat ni je kot ceritera lama, aku yang dulu bukanlah yang sekarang. nak klise sangat tajuk khen. haha xdela sedih sangat tgk blog ni x berupdate. huhu

Thursday, July 04, 2013

INNER SILANG SATIN - RM20 SHJ!

Assalammualaikum reader!

Sorry sgt. lately aku full update pasal rosales je kan. pasal diri sendiri mmg xla...maklum la.. nak raya. semua dok busy cr baju raya la inner raya la. EH! haha.. ckp pasal inner. rosales couture ade jual inner silang satin tau. MURAH SANGAT. sebab rm20 shj.. cube cr tempat lain. maunye nak dpt rm20 je. kualiti bagus. jgn risau. jahitan sendiri. so sesiapa yg nak, pm-pm lah kami disini. atau. whatsapp 012-3948677. jgn viber ke wechat ke line ke. hp aku yg line ni xde sume tu eh. ahahaha.

















Semua sekali ada 16 warna ye...
Harga sehelai rm20.. Kalau korang ambil 3 helai = RM54..
kos postage rm6 bg 1-3 helai ye :)

pm; https://www.facebook.com/pages/Rosales-Couture/393865457299900?fref=ts
whatsapp: 012-3948677

HAPPY SHOPPING! Jap lagi nak update plus size pulak ye :)